Your Shopping Cart

It appears that your cart is currently empty!

CONTINUE SHOPPING

4 Perkara Anda WAJIB Buat Jika Muka Sedang Breakout (Masalah Jerawat)

by Anna Shamsul |

Waktu muka tengah breakout memang rasa tak selesa! 😥 Segan pun usah cerita. Tapi anda tau tak 4 perkara ni yang anda WAJIB anda buat supaya breakout (jerawat) tu tak makin teruk? Jom tengok apa 4 PERKARA WAJIB tu :

 

 

 

1. Cuci-tukar sarung bantal kepala dengan kerap

Setiap malam ketika kita tidur, kulit kita akan meluruhkan sel-sel kulit mati. Sel-sel kulit mati ni pula akan bercampur dengan peluh kita, habuk, air liur basi & kotoran lain, kemudian akan melekat pada sarung bantal. Bayangkan proses ini berlaku selama berbulan-bulan & berbulan-bulan jugalah anda tak tukar sarung bantal tersebut. Kadang-kadang sampai berbau dah bantal anda tu. Bau kurang menyenangkan ini sebenarnya indikasi jelas ada bakteria disitu. Pastikan anda kerap & rajin cuci-tukar sarung bantal kepala anda ya. Kalau boleh, cuci-tukar sekali sarung-sarung bantal anda yang lain, cadar, alas tilam & selimut.

 

 

 

2. Mesti elak-kurangkan junk food, makanan berproses/segera & juga gula

Lebihkan wholefoods & juga makanan-minuman yang segar. Kurangkan makanan yang tersedia dalam tin/pek. Makanan berproses & segera mengandungi garam (sodium) yang tinggi. Selain dari bahan pengawet untuk memproses & mengekalkan ketahanan makanan tersebut. Garam (sodium) & gula yang banyak boleh trigger pertumbuhan jerawat bagi kebanyakan individu tau. Badan anda juga akan berterima kasih untuk makanan yang segar (fresh). Sebagai contoh, instead of gunakan sos cili yang tersedia dalam botol, apa kata anda gunakan cili sebenar untuk perasa tambahan dalam makanan? Sebab dalam sos cili yang tersedia dalam botol pun dah mengandungi gula. Jadi, bayangkan berapa banyak pengambilan gula sehari yang anda telah ambil. Begitu juga dengan stok daging. Dekat pasaraya memang ada stok daging yang siap tersedia dalam pek. Apa kata tukarkan itu dengan air rebusan daging yang anda buat secara semulajadi di rumah?

 

 

3. Keluarkan peluh. Bersenam & bergerak

Bersenam boleh mengeluarkan "kotoran" dalam liang pori anda melalui berpeluh. Berenang, joging malah pergi ke sauna pun dapat detoxify kulit tau semasa anda berpeluh tu.

 

 

4. Pakai clay mask atau mask yang berasaskan chlorella

Clay mask selalu kita dengar. Macam mana pula dengan chlorella? Pernah dengar tak? Chlorella ini sejenis rumpai/algae laut. Fungsi sama seperti clay mask & dia tak mengeringkan kulit. Tapi pada masa yang sama, tak buat kulit jadi makin berminyak juga. Masker berbentuk serbuk seperti clay & chlorella membantu untuk mengecutkan jerawat & memberi kulit nutrient tambagan tau. Bila kulit diberikan added nutrients, sekaligus kulit lebih glow, cerah & berseri. Kami syorkan anda cuba Under The Sea Antioxidant Glow Face Mask. Cuma pakai 1-3 kali je seminggu!