Your Shopping Cart

It appears that your cart is currently empty!

CONTINUE SHOPPING

Apa Itu "Normalize Skin Textures"?

by Anna Shamsul |

Feed anda di social media pernah muncul tentang hashtag #normalizeskintextures ? Sama ada di Instagram, Tik Tok atau Facebook, hashtag tersebut sedang trending sekarang.

Jika anda klik/tap pada hashtag tersebut, anda akan lihat perkongsian tentang tekstur kulit tuan yang buat posting tersebut. Tekstur kulit mahupun selfie tanpa sebarang beauty filter atau beauty editing app.

Hashtag ini menjadi trend paling baru di kalangan pengguna media sosial. Tujuannya? Cuma ingin memberi kesedaran terhadap semua warga net bahawa gambar selfie yang anda ambil tu tak mengapa jika tidak disunting (edit). 

 

  • Tidak mengapa jika terlihat liang pori yang besar dan jelas.
  • Tidak mengapa jika terlihat parut dari bekas jerawat anda.
  • Tidak mengapa jika kulit nampak tak sekata, menggerutu, dan tak licin.
  • Tidak mengapa jika ada garis-garis halus pada wajah & menampakkan anda lebih tua dari usia sebenar.
  • Tidak mengapa jika ada eyebag pada bahagian bawah mata.
  • Tidak mengapa jika anda ada pakai make-up dan make-up tersebut kelihatan bercapuk dalam gambar dan tidak kelihatan seperti di dalam majalah mahupun seperti model-model ternama di Instagram.

 

Kita semua manusia biasa dan masing-masing ada tesktur kulit sendiri kan? Kini semua berlumba-lumba untuk tampak flawless dalam gambar masing-masing sehingga kita terlupa yang mana hakikat kehidupan sebenarnya dan yang mana adalah fantasi.

Akhir kata, usah segan jika gambar yang kita muat naik ke media sosial kita tak nampak begitu flawless ya 🤗