Your Shopping Cart

It appears that your cart is currently empty!

CONTINUE SHOPPING

4 Cara Fahami Lelaki (dan skincare mereka) 😉

by Anna Shamsul |

Biasa selalu nampak post dekat media sosial tentang cara fahami perempuan kan? Kali ini, kita cuba fahami lelaki pula (fahami skincare mereka that is 😁)

Jika anda seorang wanita & ingin memahami lebih lagi tentang skincare untuk lelaki, ini adalah coretan buat anda.

Pertama sekali, lelaki & skincare mungkin suatu ketika masa dahulu kombinasi agak 'pelik'. Kenapa pula? Sebab suatu ketika dahulu, jarang jarang lelaki suka pakai skincare tertentu. Berbeza dengan kaum wanita. Kerana mempunyai atau memiliki produk tertentu untuk skincare kelihatan agak feminin pada pandangan kaum Adam.

Tapi seiring peredaran masa & zaman, segalanya kini berubah. Rata-rata lelaki kini tidak kisah jika mereka mempunyai & memiliki produk skincare tertentu. Malah, jangan terkejut ya! Sebab ada yang lebih berkemahiran bab skincare ni berbanding perempuan. 

Berikut adalah beberapa tips untuk anda tentang bagaimana nak pilih produk skincare yang sesuai buat para jejaka. Sama ada anda ingin hadiahkan pada suami, ayah atau adik beradik & kawan lelaki, boleh ikuti tips ini :

 

1. Pilih produk yang berbau neutral. Tidak terlalu feminin.

Lelaki mungkin sukakan bau perfume yang para wanita pakai. Tapi tak bermaksud mereka ingin gunakan perfume tersebut pada diri mereka sendiri. Kami syorkan Black Desert Refreshing Face & Scalp Soap.

 

2. Lelaki sukakan produk yang mempunyai lebih dari 1 fungsi.

Ada sebab kenapa kita biasa dengar sabun mandi juga turut dijadikan pencuci muka (dan dalam kes tertentu, jadi shampoo sekali!). Lelaki sukakan sesuatu yang mudah, ringkas & praktikal untuk digunakan. 

 

3. Syorkan rutin yang mudah untuk diikuti.

Jika anda syorkan 10 steps skincare pada si jejaka, silap hari bulan, dia terus tak nak pakai apa apa skincare dah 😥 Anda boleh syorkan antara  1 hingga 3 steps dulu. Kemudian baru tambah lagi steps jika si jejaka dapat konsisten untuk ikuti 3 steps tu dulu.

 

4. Kenali masalah utama yang sering membelenggu kaum Adam bila tiba bab penjagaan muka & diri.

Lelaki biasanya agak prihatin bab bulu-bulu mereka seperti misai, janggut & jambang. Selain dari itu, rambut juga menjadi fokus utama mereka. Jika anda boleh syorkan produk yang boleh menjaga rambut selain dari kulit muka, memang terbaik. Apa kata cuba Black Desert Refreshing Face & Scalp Soap? Sebab selain dari pencuci muka, soap bar ini berfungsi sebagai shampoo juga tau.