Baru pertama kali nak cuba Adania & Co?
Jom ikuti beberapa langkah ini bagi mengetahui cleanser mana yang sesuai dengan anda?
STEP 1 : KENALI JENIS-JENIS CLEANSER ADANIA & CO
Adania & Co mempunyai 4 jenis cleanser. 1 dalam bentuk cecair (liquid) dan 3 lagi dalam bentuk sabun buku (soap bar). Jom check out nama untuk keempat-empat cleanser ini. Di bawah nanti pula kami akan terangkan lebih lanjut satu persatu ya :
- Blue Moon Purifying Face Cleanser (bentuk cecair)
- Black Desert Refreshing Face & Scalp Soap (bentuk sabun buku)
- Coconut Heaven Nourishing Face Soap (bentuk sabun buku)
- Turkish Roots Exfoliate Face & Body Soap (bentuk sabun buku)
STEP 2 : KENALPASTI JENIS KULIT & MASALAH KULIT
Baik, yang mana yang sesuai untuk saya?
Di Adania & Co, cleanser kami mengikut kesesuaian 2 perkara ini. Anda perlu kenalpasti & kenali 2 perkara ini :
-
Jenis kulit (skin type)
Jenis kulit secara umumnya dibahagikan kepada 5 jenis iaitu :
i) Normal
ii) Kering
iii) Berminyak
iv) Kombinasi kering + berminyak
v) Sensitif
Selain itu, persoalan yang sering ditanyakan berkenaan jenis kulit ini juga ialah, boleh ke kulit kita mempunyai lebih dari 1 jenis? Jawapannya, ya boleh. Sebagai contoh, seseorang boleh mempunyai kulit jenis berminyak, tapi pada masa yang sama, kulitnya juga turut sensitif.
Contoh lain pula, jika wajah anda mempunyai bahagian yang kering & ada bahagian pula yang berminyak, ini petanda anda mempunyai kulit jenis kombinasi.
-
Masalah-masalah yang dihadapi oleh kulit (skin concerns)
Apa masalah yang sedang membelenggu kulit anda? Berikut kami senaraikan beberapa masalah kulit yang boleh dijadikan panduan :
👉 Jerawat (acne/breakout)
👉 Jeragat/tompok-tompok hitam pada kulit (hyperpigmentation)
👉 Eczema
👉 Pori tersumbat (blackheads/whiteheads)
👉 Kulit rasa pedih, panas atau gatal gatal
👉 Masalah sunburn
👉 Masalah kulit nampak kusam (dull), tak berseri & tak bermaya
STEP 3 : PILIH CLEANSER MENGIKUT KESESUAIAN SKIN TYPE & SKIN CONCERNS ANDA
Dah kenalpasti dan kenali jenis kulit & masalah kulit anda?
Jom kita semak pula cleanser kami yang mana yang bersesuaian
-
Blue Moon Purifying Face Cleanser
- Cleanser yang ini jenis cecair dalam botol-bekas yang boleh di pump
- Sesuai untuk kulit jenis :
i) Normal
ii) Berminyak
iii) Kombinasi
iv) Masalah jerawat
v) Masalah pori tersumbat
- Cleanser kami yang jenis cecair mempunyai anti-aging properties. Jadi, jika anda mencari yang ada anti-aging properties, boleh pilih yang jenis cecair berbanding jenis sabun buku (soap bar). Anti-aging properties berfungsi untuk mengurangkan kesan awal penuaan seperti mengelakkan garis-garis halus/kedutan di muka & menganjalkan kulit (skin firmness). Seawal umur 26, kulit kita akan mula menunjukkan kesan awal penuaan seperti kolagen di kulit mula berkurang
- Black Desert Refreshing Face & Scalp Soap
- Cleanser ini dalam bentuk sabun buku (soap bar)
- Sesuai untuk kulit jenis :
i) Berminyak
ii) Masalah jerawat
iii) Masalah pori tersumbat
- Cleanser jenis sabun buku (soap bar) tidak mempunyai anti-aging properties - Coconut Heaven Nourishing Face Soap
- Cleanser ini dalam bentuk sabun buku (soap bar)
- Sesuai untuk kulit jenis :
i) Kering
ii) Sensitif
iii) Normal
iv) Masalah eczema
- Cleanser jenis sabun buku (soap bar) tidak mempunyai anti-aging properties -
Turkish Roots Exfoliate Face & Body Soap
- Cleanser ini dalam bentuk sabun buku (soap bar)
- Sesuai untuk kulit jenis :
i) Normal
ii) Berminyak
iii) Masalah kulit kusam & tidak berseri
iv) Masalah jeragat (hyperpigmentation)
v) Masalah parut jerawat (acne scars)
- Cleanser jenis sabun buku (soap bar) tidak mempunyai anti-aging properties
Back to ARTICLES