Cold Processed Soap & Melt & Pour Soaps. Mana 1 Pilihan Anda?
Bagaimana sabun buku dihasilkan? Bagi yang belum tau, ada 2 cara sabun buku dihasilkan. 2 cara tersebut adalah : Cold processed Melt & pour processed Bagi yang masih belum tau juga, kesemua soap bar Adania & Co dihasilkan melalui cold processed. Sebab itu kami akan berasa agak sedih apabila ada yang bertanya boleh ke mereka panaskan dan 'cairkan' semula sabun buku Adania & Co ke dalam bentuk-saiz yang lebih kecil bagi menjimatkan penggunaan sabun buku tersebut 😥😭 Jawapannya tidak boleh, sebab sabun buku kami dihasilkan melalui teknik cold processed & bukan melalui teknik melt & pour. Jika dicairkan, manfaat & nutrisi dari sabun buku tersebut akan terus hilang ❤ Tetapi, jika anda ingin jimatkan penggunaan sabun buku yang terhasil dari cold processed, kami sarankan anda untuk potong sabun buku tersebut kepada beberapa bahagian yang lebih kecil dan ambil bahagian yang diperlukan sahaja untuk kegunaan. Jom ikuti beberapa maklumat berkenaan 2 proses sabun buku ini : 📌 Apa itu proses 'Melt & Pour'?Proses ini melibatkan haba & pemanasan. Paling banyak digunakan dalam pembuatan sabun buku komersial. Proses ini agak cepat & sabun boleh dihasilkan dengan jumlah yang banyak pada satu satu masa. Downside sabun yang dihasilkan melalui proses ini? Sabun mudah menjadi lembik bila dah kena air (tidak tahan lama) & kebiasaannya tidak menggunakan banyak ramuan sebenar (natural) dalam sabun mereka. Ingredients yang sangat terhad. Bau wangi & pewarna kebiasaannya dihasilkan secara artificial. Selain mempunyai SLS/SLES bagi menghasilkan buih yang banyak. 📌 Apa itu proses 'Cold Processed'?Cara selain dari 'melt & pour' pula adalah dinamakan sebagai 'cold processed'. Proses ini tidak menggunakan haba/pemanasan. Prosesnya mengambil masa agak lama & agak teliti bagi mengelakkan kerosakan pada sabun semasa penghasilan. Downside cuma dari segi masa yang lama & ketelitian yang diperlukan, jadi tak banyak sabun yang boleh dihasilkan pada satu satu masa. Apa yang menarik? Dari segi ingredients, kita boleh kawal sendiri, apa yang ingin kita letak & berapa banyak amount yang ingin kita letak. Selain dari itu, sabun buku jenis ini tahan lebih lama (tak mudah lembik bila dah kena air).