Your Shopping Cart

It appears that your cart is currently empty!

CONTINUE SHOPPING

by Anna Shamsul •

lifestyle tips

Tak Tukar Sarung Bantal Punca Naik Jerawat? 🤔

Selalunya mesti kita akan "salahkan" apa apa produk yang kita pakai pada muka kan kalau tiba-tiba ada jerawat muncul dekat kulit muka? 😮 Kalau jerawat naik dekat badan pulak, kita akan tuding jari dulu pada sabun mandi atau skrub badan yang kita guna. Walaupun skincare atau body care kita mungkin boleh jadi salah satu punca utama jerawat naik, tapi tahu tak sebenarnya ada satu lagi punca yang kita selalu terlepas pandang? Apa agaknya ya?  Jawapannya, sarung bantal, cadar & selimut yang kita guna di katil kita 😨Bagi yang gemar baring di sofa pula, boleh tengok semula sarung sofa/kusyen kita juga! Agaknya bila kali terakhir kita basuh/cuci semua tu?  Tapi kenapa? Macam mana boleh jadi jerawat pula?  Semasa kita tidur, badan kita akan shed sel kulit mati dari kulit kita. Bukan 1 atau 2 tau. Tapi beribu sel kulit mati yang akan jatuh dari kulit dan akan jatuh pada sarung bantal, cadar, selimut, dan seumpamanya untuk 1 malam. Bayangkan 1 malam sahaja beribu sel kulit mati kita jatuh. Macam mana pula kalau seminggu atau sebulan? Selama itu juga lah kita biarkan sarung bantal & cadar kita semua tu tak basuh 😰 "Kotoran" ini tadi akan berkumpul pada kulit kita dan bercampur pula dengan kotoran lain yang ada pada kulit seperti excess sebum kita. Perkara macam ini lah yang menyebabkan pori kita tersumbat & kemudian kulit akan naik jerawat.  Selain dari bermacam kotoran tadi, serangga kecil yang kita sukar untuk nampak dengan mata kasar pun kadangkala ada sekali pada sarung bantal, cadar & tilam. Kutu, hama & pepijat juga boleh trigger kulit yang sensitif tau dan boleh menyebabkan alergi pada sesetengah orang. Paling teruk ialah serangga-serangga ini membiak dengan kadar yang cepat. Serangga ini tak semestinya datang dari kucing atau anjing yang kita bela. Tapi kebiasaannya jika kita selalu travel ke hotel dan seumpamanya, mereka akan "mengikut" sekali menyelinap bersama kita melalui beg atau luggage yang kita bawa. Selalu dikenalpasti dengan terma "travel bugs".   Lepas tau tentang fakta ini, dah tiba masa kita buat deep cleaning bilik tidur kita jom? ✅